PENGUMUMAN

PERHATIAN
kepada semua bekas pelajar SMU(A) Khairiah, mohon kerjasama untuk mengisi borang ahli EX-SOK. Bagi mengumpul data-data anda semua. Yang sudah mengisi borang sebelum ini sila upload gambar anda bersama. Untuk daftar sebagai ahli "klik button dibawah" Segala kesulitan, kami dari pihak blogger EX-SOK memohon ribuan kemaafan. Syukran

Sahabat EX-SOK

salam ziarah

Isnin, 5 September 2011

EX-SOK raya 2011


alhamdulillah
kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Ilahi kerana memberi peluang kepada kami Persatuan Bekas Pelajar SMU (A) Khairiah, Padang Pak Amat (EX-SOK) begi mengadakan "Majlis Sambutan Hari Raya 1432 H" majlis ini diadakan pada 03 Syawal 1432 H bersamaan 01 September 2011 M, Majlis ini adalah bertujuan untuk mengumpul semula pelajar-pelajar yang pernah belajar di sekolah tersebut, turut hadir bagi memeriahkan majlis ini adalah guru-guru SMUAK

Selasa, 9 Ogos 2011

Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa.....


Assalamualaikum,

To kengkawan Ex-sok, batch Nadhirah Hasbullah and kengkawan, batch Mohd Arubi Ismail and kengkawan, batch Abe Jack and kengkawan, batch Hanafi Ismail and kengkawan, batch yang bawah2, warga pendidik Smua Khairiah,

12 ogos 2011 (Jumaat) akan di adakan majlis berbuka puasa di SMUA kHAIRIAH,jadi di jemput semua datang memeriahkan majlis ini.. kami minta sedikit sumbangan sebyk RM5 untuk kos penyediaan makanan utk berbuka..

kita akan bergtong royong di sek.. khadiran anda amat di nantikan dan dialu2 kan... =) sukran... sape yang nk datang sila bg nama kat Nor Anira. =)

View Original Article

Blogged with the Flock Browser

Khamis, 7 Julai 2011

PROKEP '11 : Kepimpinan, Cabaran & Pengalaman


Assalamu'alaikum wbt sahabat2 ex-sok sekalian...

Moga berada dibawah Rahmat & perlindungan Allah sentiasa i'Allah..
Alhamdulillah,.. berakhir sudah program ex-sok y ke-3 bsama dengan pihak sekolah pada 30 Jun-2 Julai 2011 (Khamis-Sabtu).

Syabas!! buat adik-adik kita y begitu bersemangat dari bermulanya program hingga selesainya sudah program ini.

Walaupun pelbagai cabaran y mereka hadapi, alhamdulillah, mereka semua dapat hadapinya dengan baik.

Sememangnya, program kali ini banyak memberi pengalaman y tak ternilai pada kami fesi2 ex-sok & adik2 sekolah.

* hanya Allah y maha mengetahui segala kejadianNya & semoga kita sentiasa berada dibawah perlindungan Nya...

Adik2 kita HEBAT!!!! TERBAIK!!!!

Sory gambar xdpt nk upload byk2.. lmbt... klip utuk gambar Fesi...

Jumaat, 17 Jun 2011

Sambutan Hari Guru 2011

Bismillahirohmanirahim……



Pada 14 Jun 2011 bersamaan (12 Rajab 1432 H), SMU(A) Khairiah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru. Ia telah dianjurkan oleh Badan Pengawas Sekolah (BPS). Majlis yang berlangsung selama satu hari melibatkan semua guru dan pelajar SMU(A) Khairiah. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang pelajar EX-SOK.



Terdapat dua acara yang telah dilaksanakan iaitu, acara padang dan acara dewan. Bagi acara padang, guru-guru telah bermain 2 permainan, iaitu permainan Galah Panjang dan Baling Tin. Manakala, acara dewan ialah Persembahan daripada Pelajar, Kotak Beracun dan Persembahan Dikir Barat. Majlis ini diadakan untuk menghargai jasa-jasa guru dan merapatkan ukhuwwah di antara pelajar dan guru. Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan.

Selasa, 7 Jun 2011

Bermula cuti sekolah, Make bekwoh


Assalamualaikum wbt buat semua sahabat Ex-sok, first, mohon maaf kerana lama blog ni x diupdate. Nak buat macam mana, disebabkan kesibukan yang ada & masa yang mengejar. Maaf sekali lagi dari kami 2 blogger ni. :-)

Cuti sekolah bermula lg,.. student U pun bercuti sakan jg.. 4bulan bercuti 2... sakan lh.. buat majlis plak..
Cam sinonim plak bila cuti sekolah ada bekwoh...

Disini, kami dari pihak Ex-sok mengucapkan Selamat Bercuti & Selamat Pengantin Baru buat sahabat Ex-sok yang telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka iaitu :

1) Solehah dengan suami, Zuhaidi 28 Mei 2011
2) Wan Hajarul Aswani bersama suami, Syamil Saufi 30Mei 2011
& sahabat-sahabat ex-sok yang buat majlis time cuti ni..

Selamat buat make & Moga menjadi keluarga sakinah, Mawaddah warahmah sentiasa. Aameen

Selasa, 29 Mac 2011

MAJLIS PERSARAAN PN. HAJJAH KAMARIAH ISMAIL


Pada 24 Mac 2011 (Khamis) SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat mencipta sejarah apabila mengadakan program Majlis Persaraan Pn. Hajjah Kamariah Bt Ismail (cikgu Kamariah) Majlis sebegini merupakan kali pertama diadakan di SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat.

Majlis ini bertambah meriah apabila Cikgu Kamariah diarak dengan menaiki beca, seterusnya pertunjukan Teakwon-Do oleh Kelab Teakwon-Do Khairiah seterusnya persembahan Guru dan Pelajar dan Penyampaian hadiah kepada cikgu Kamariah.

Cikgu Kamariah dilahirkan pada 22 Mac 1953 M bersamaan 06 Rejab 1372 H di Pasir Puteh, Kelantan, dan beliau merupakan anak sulung dari 4 adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Perempuan), Pasir Puteh pada tahun 1960-1966 dan seterusnya menyambung ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kamil, Pasir Puteh pada tahun 1967-1971.

Beliau memulakan tugas sebagai seorang pendidik pada tahun 1974 di SMU(A) Hidayah Islamiah, Bachok sehingga tahun 1978, dan seterusnya berpindah ke SMU(A) Khairiah, Padang Pak Amat pada tahun 1979-2002. Pada tahun 2003 – 2006 berpidah ke SMU(A) Nahdatul Islamiah Jelor, Pasir Puteh dan pada tahun 2006 hingga sekarang kembali semula ke SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat. Setelah hampir 37 tahun beliau menabur bakti sebagai Pendidik akhirnya beliau menamatkan tugas beliau sebagai pendidik di SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat pada 22 Mac 2011 pada usia 58 tahun.

sijil penghargaan disampaikan kepada Jabatan Pertahanan Awan Malaysia (JPAM)

PROGRAM ANAK ANGKAT, PERKAMPUNGAN ASLI SIRI 2


Hampir 60 orang terlibat dalam program anak angkat di perkampungan orang asli Pos Pasik, Kampung Sri Permai Gua Musang, Kelantan. 47 orang pelajar dan bekas pelajar SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat, 4 Orang Sukarelawati dari ABIM dan selebihnya dari pihak ABIM yang diadakan selama 2 hari 3 malam iaitu pada 15-18 Mac 2011 anjuran Islamic Outreach ABIM, Kelantan (Pusat Latihan Dan Dakwah Orang Asli) Dengan Kerjasama SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat.


Program ini merupakan siri kedua diadakan di perkampungan tersebut setelah misi pertama berjaya dilaksanakan pada Jun tahun lalu. Misi kali ini lebih mencabar jika dibandingkan dengan misi pertama. Ini adalah kerana, bukan sahaja orang Islam yang terlibat dalam mengambil anak angkat malahan orang Kristian dan Sewang (Agama Asal) juga turut terlibat. Tetapi yang lebih mencabar kami terpaksa menaiki lori untuk ke perkampungan tersebut, dan kami juga terpaksa menolak lori disebabkan jalan licin yang tidak berbatu.

Walaupun tidak ramai Ahli EX-SOK yang terlibat sama dalam menjayakan misi kali ini, namun Alhamdulillah program kali ini berjalan dengan lancar. Program ini sepatutnya diadakan selama 4 hari 3 malam, akan tetapi disebabkan salah faham antara pihak sekolah dan pihak ABIM program ini diadakan 3 hari 2 malam sahaja. Pada malam terakhir, semua peserta diraikan dengan tarian Sewang iaitu Tarian Kebudayaan Masyarakat Asli Pos Pasik, Gua Musang.

Kami dari pihak Ex-Sok, mengharapkan program sebegini diadakan lagi pada masa akan datang dan mendapat penyertaan yang lebih ramai lagi daripada adik-adik di SMU(A)Khairiah dan juga dari bekas pelajar sendiri. i'Allah...


Selasa, 22 Februari 2011

ISLAMIC SMART LEADER CAMP 2011

Alhamdulillah
Satu lagi program telah diadakan di SMU (A) Khairiah (SMUAK), Padang Pak Amat, iaitu program ISLAMIC SMART LEADER CAMP 2011. Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam Khamis - Sabtu (17 - 19 Feb 2011) di SMUAK, yang mana pesertanya melibatkan Badan Pengawas Sekolah (BPS), Badan Dakwah, Badan Maktabah dan juga Ketua dan Penolong Kelas, pada hari pertama iaitu hari Khamis 17 Feb 2011 diadakan majlis watikah pelantikan kepada semua badan yang terlibat, dan pada hari seterusnya iaitu Jumaat & Sabtu (18&19 Feb 2011) diadakan bengkel menguruskan organisasi, yang mana bengkel ini diuruskan oleh Ex-Students Of Khairiah Society (EX-SOK).

Program ini bertemakan Pemimpin Bijaksana Tonggak Kegemilangan Ummah

pengarah bagi program ini adalah Cikgu Nik Adrina Bt Nik Hussin,
manakala timbalan pengarah Teacher Noraini Bt Johari @ Harun

Isnin, 14 Februari 2011

Majlis Keraian & Perpisahan 2011 & Sambutan Maulidur Rasul

13 Feb 2011 (Ahad) Sekolah Menengah Ugama (Arab) Khairiah, Padang Pak Amat, Pasir Puteh, telah mengadakan program Majlis Keraian dan Perpisahan guru-guru SMU(A) Khairiah, di antaranya Ustaz Ahmad Zaki Bin Mat Nor (Mudir), Cikgu Ismail Bin Hanapi (Penolong Kanan), Ustaz Mohd Zulkifli Bin Mohd Zin , Cikgu Alwi Bin Abd Rahim, Ustazah Norzaini Binti Mustafa dan Cikgu Hamzah Bin Sulaiman, majlis ini turut hadir dalam majlis ini Ahli Parlimen Pasir Puteh Y.B. Muhammad Bin Husin, ADUN Limbongan Y.B. Drs. Zainuddin Awang Hamat, Ketua Komuniti Kampung Padang Pak Amat, Ahli Jawatankuasa Pengelola Kemajuan Sekolah (JPKS) dan juga Wakil Ex-Students Of Khairiah Society (EX-SOK). Majlis ini merupakan julung kalinya diadakan sedemikian di sekolah tersebut.

Sempena majlis ini, ADUN Limbongan juga menyumbangkan alat muzik nasyid kepada pihak sekolah , manakala Ahli Parlimen Pasir Puteh juga turut menyampaikan sumbangan tikar getah untuk surau SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat. Sementara para guru yang berada di dalam majlis tersebut pelajar-pelajar juga mempunyai program mereka iaitu Ceramah Maulidurrasul yang disampaikan oleh Ustaz Halim.


Ahli Parlimen Pasir Puteh & ADUN Limbongan

Ustaz Halim

Cikgu Hamzah
Cikgu Ismail Ustaz Zulkifli

Ahad, 6 Februari 2011

Barakallahulakum...

Ini foto untuk tatapan y ingin mgenali nya...


AHMAD SABRI BIN ISHAK
dengan
ROHANI BT MOHAMAD
14 MAC 2011

NUR HIDAYAH BT RAZALI
dengan
TG. MOHD SYUKRI BIN KU IBRAHIM
4 FEB 2011

SITI AISAH BT SAAD
5 FEB 2011

= sory, lupa plak nama pasangannya...


SeLAmAt PenGanTiN BaRu Buat KaLiaN SemuA....

Khamis, 20 Januari 2011

TAHNIAH

EX-SOK Mengucapkan TAHNIAH buat adik-adik yang berjaya dalam peperiksaan tahun lepas. Diharap dapat mengekalkan kejayaan ini pada masa yang akan datang, dan yang tidak berjaya insyaAllah masih lagi ada peluang untuk berjaya.
jangan sia-siakan masa yang ada..

Pada adik-adik yang baru saja menjejakkan kaki ke sekolah menengah jadikan abang-abang & kakak-kakak yang telah berjaya sebagai idola, untuk kita mejejaki langkah mereka...

Isnin, 3 Januari 2011

salam takziah

Pertama sekali marilah sama-sama kita merafatkan kesyukuran kita kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kesempatan kepada kita untuk meneruskan lagi kehidupan pada tahun ini...

Post kali ini, kami ahli EX-SOK ingin mengucapakan takziah kepada keluarga ahli EX-SOK (Mohamad Hafiq Suhaimi Bin Sidik Ahmad) kerana ibunya telah kembali kerahmatullah pada hari sabtu 01/01/2011, dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg, Tebing Tinggi selepas asar pada hari tersebut..


seterusnya,
Salam takziah juga diucapkan kepada keluarga Siti Nurhayati Husna Bt Razali mantan Timbalan ll Ex-SOK daripada kami Ex-SOK, kerana walid kepada beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari khamis (06 Januari 2011M bersamaan 01 safar 1432H) kerana serangan jantung…

Akhir sekali, takziah juga di ucapkan kepada keluarga Wan Mustafa (che wan) & Wan Hazimah (che mah), bekas penender Kantin SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat (2004-2008) kerana anak kedua mereka Wan Nor Firdaus (Abe Ngah) juga telah kembali ke Rahmatullah pada hari sabtu (08 januari 2011 M bersamaan 03 Safar 1432 H) kerana telibat dalam kemalangan jalan raya di Tok Bali Pasir Puteh…

Semoga Roh mereka ditempatkan bersama2 orang yang beriman…. Ameen...

Al-Fatihah



Sabtu, 1 Januari 2011

selamat tahun baru 2011



Bismillahirahmanirahim.. dan salam sejahtera buat sahabat2 EX-SOK semua…..pejam celik-pejam celik dah habis dah tahun 2010, jadinya, ni bermakna dah 3 tahun EX-SOK ditubuhkan… nk tau? Banyak kenangan manis dan suka duka yang telah ahli2 EX-SOK lalui. Semua nyer berlaku dengan pantaskan???… tp nk buat cm ner, kita tiada kuasa pun nak ubah mahupun nak putarkan masa ni kembali pada waktu dahulu. Diharap kenangan itu kekal abadi di dalam memori kita semua…

Ha…. Pada tahun-tahun yang lepas, EX-SOK telah banyak menganjurkan program yang mendidik pelajar supaya dapat memotivasikan diri. Kebanyakkannya berkaitan dengan Sekolah Menengah Ugama Arab Khairiah (SMUAK). Kenapa kami memilih sekolah ni???? Sebab, di sekolah ni lah EX-SOK ditubuhkan dan semua ahli EX-SOK adalah bekas pelajar SMUAK.

Alhamdulillah, selama 3 tahun EX-SOK ditubuhkan, dah ramai pelajar2 yang telah mendaftar kan diri untuk menjadi ahli EX-SOK. Tak kira dari pada peringkat abang2, kakak2, peringkat adik2 pun ada. Maklumlah, ada yang pindah sekolah sebelum EX-SOK di tubuhkan lagi, n ada yang tamat belajar awal. Semua nya di satukan dalam EX-SOK. Apa tidak nye, setiap tahun EX-SOK akan mengadakan majlis hari raya, n semua ahli EX-SOK dan guru2 SMUAK dulu dan sekarang turut dijemput hadir. Erm, semua dapat kenal n jumpa semula… hehehehe, cam program “jejak kasih” la plak.. hehehe

Tahun 2011 pe program nk buat ye???? Erm, kita g rehlah nak? Mesti best.. erm tapi kena tanya pendapat ahli yang lain.. Bagi sesiapa yang nk bagi cadangan boleh la utarakan pada presiden EX-SOK. Insya Allah, kena tengok bajet n masa jugak nk buat program besar ni.. maklum la, majoriti ahli EX-SOK ni masih lg student yang tengah belajar.. so, kalau buat program ramai yang x de x syok kan?? Kcian kt kwn2 yang tk leh join. Bkn mudah nk berkumpul ramai2 ni.. btol tak???? Erm. .. Jadi EX-SOK harap agar tahun baru ini kan menjanjikan kenangan yang terindah berbandingkan dengan tahun-tahun yang lalu. & EX-SOK mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang banyak menyokong EX-SOK. & EX-SOK juga memohon maaf andai ada menguris hati mana2 pihak, harap di maafkan.

Semoga ukhuwah yang telah kita bina ini terus berpanjangan.. Insya Allah.. “UKHUWAH TERJAGA HIDUP BERJASA”. Wassalam.

Related Posts with Thumbnails