PENGUMUMAN

PERHATIAN
kepada semua bekas pelajar SMU(A) Khairiah, mohon kerjasama untuk mengisi borang ahli EX-SOK. Bagi mengumpul data-data anda semua. Yang sudah mengisi borang sebelum ini sila upload gambar anda bersama. Untuk daftar sebagai ahli "klik button dibawah" Segala kesulitan, kami dari pihak blogger EX-SOK memohon ribuan kemaafan. Syukran

Sahabat EX-SOK

salam ziarah

Jumaat, 17 Jun 2011

Sambutan Hari Guru 2011

Bismillahirohmanirahim……



Pada 14 Jun 2011 bersamaan (12 Rajab 1432 H), SMU(A) Khairiah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru. Ia telah dianjurkan oleh Badan Pengawas Sekolah (BPS). Majlis yang berlangsung selama satu hari melibatkan semua guru dan pelajar SMU(A) Khairiah. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang pelajar EX-SOK.



Terdapat dua acara yang telah dilaksanakan iaitu, acara padang dan acara dewan. Bagi acara padang, guru-guru telah bermain 2 permainan, iaitu permainan Galah Panjang dan Baling Tin. Manakala, acara dewan ialah Persembahan daripada Pelajar, Kotak Beracun dan Persembahan Dikir Barat. Majlis ini diadakan untuk menghargai jasa-jasa guru dan merapatkan ukhuwwah di antara pelajar dan guru. Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan.

1 ulasan:

  1. hrp2 tahun dpn buat lg ye sambutan hr guru ni, klu ada msa untuk join, insya Allah nk join sokmo. hehehe =)

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails