PENGUMUMAN

PERHATIAN
kepada semua bekas pelajar SMU(A) Khairiah, mohon kerjasama untuk mengisi borang ahli EX-SOK. Bagi mengumpul data-data anda semua. Yang sudah mengisi borang sebelum ini sila upload gambar anda bersama. Untuk daftar sebagai ahli "klik button dibawah" Segala kesulitan, kami dari pihak blogger EX-SOK memohon ribuan kemaafan. Syukran

Sahabat EX-SOK

salam ziarah

Selasa, 22 Februari 2011

ISLAMIC SMART LEADER CAMP 2011

Alhamdulillah
Satu lagi program telah diadakan di SMU (A) Khairiah (SMUAK), Padang Pak Amat, iaitu program ISLAMIC SMART LEADER CAMP 2011. Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam Khamis - Sabtu (17 - 19 Feb 2011) di SMUAK, yang mana pesertanya melibatkan Badan Pengawas Sekolah (BPS), Badan Dakwah, Badan Maktabah dan juga Ketua dan Penolong Kelas, pada hari pertama iaitu hari Khamis 17 Feb 2011 diadakan majlis watikah pelantikan kepada semua badan yang terlibat, dan pada hari seterusnya iaitu Jumaat & Sabtu (18&19 Feb 2011) diadakan bengkel menguruskan organisasi, yang mana bengkel ini diuruskan oleh Ex-Students Of Khairiah Society (EX-SOK).

Program ini bertemakan Pemimpin Bijaksana Tonggak Kegemilangan Ummah

pengarah bagi program ini adalah Cikgu Nik Adrina Bt Nik Hussin,
manakala timbalan pengarah Teacher Noraini Bt Johari @ Harun

Isnin, 14 Februari 2011

Majlis Keraian & Perpisahan 2011 & Sambutan Maulidur Rasul

13 Feb 2011 (Ahad) Sekolah Menengah Ugama (Arab) Khairiah, Padang Pak Amat, Pasir Puteh, telah mengadakan program Majlis Keraian dan Perpisahan guru-guru SMU(A) Khairiah, di antaranya Ustaz Ahmad Zaki Bin Mat Nor (Mudir), Cikgu Ismail Bin Hanapi (Penolong Kanan), Ustaz Mohd Zulkifli Bin Mohd Zin , Cikgu Alwi Bin Abd Rahim, Ustazah Norzaini Binti Mustafa dan Cikgu Hamzah Bin Sulaiman, majlis ini turut hadir dalam majlis ini Ahli Parlimen Pasir Puteh Y.B. Muhammad Bin Husin, ADUN Limbongan Y.B. Drs. Zainuddin Awang Hamat, Ketua Komuniti Kampung Padang Pak Amat, Ahli Jawatankuasa Pengelola Kemajuan Sekolah (JPKS) dan juga Wakil Ex-Students Of Khairiah Society (EX-SOK). Majlis ini merupakan julung kalinya diadakan sedemikian di sekolah tersebut.

Sempena majlis ini, ADUN Limbongan juga menyumbangkan alat muzik nasyid kepada pihak sekolah , manakala Ahli Parlimen Pasir Puteh juga turut menyampaikan sumbangan tikar getah untuk surau SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat. Sementara para guru yang berada di dalam majlis tersebut pelajar-pelajar juga mempunyai program mereka iaitu Ceramah Maulidurrasul yang disampaikan oleh Ustaz Halim.


Ahli Parlimen Pasir Puteh & ADUN Limbongan

Ustaz Halim

Cikgu Hamzah
Cikgu Ismail Ustaz Zulkifli

Ahad, 6 Februari 2011

Barakallahulakum...

Ini foto untuk tatapan y ingin mgenali nya...


AHMAD SABRI BIN ISHAK
dengan
ROHANI BT MOHAMAD
14 MAC 2011

NUR HIDAYAH BT RAZALI
dengan
TG. MOHD SYUKRI BIN KU IBRAHIM
4 FEB 2011

SITI AISAH BT SAAD
5 FEB 2011

= sory, lupa plak nama pasangannya...


SeLAmAt PenGanTiN BaRu Buat KaLiaN SemuA....

Related Posts with Thumbnails