PENGUMUMAN

PERHATIAN
kepada semua bekas pelajar SMU(A) Khairiah, mohon kerjasama untuk mengisi borang ahli EX-SOK. Bagi mengumpul data-data anda semua. Yang sudah mengisi borang sebelum ini sila upload gambar anda bersama. Untuk daftar sebagai ahli "klik button dibawah" Segala kesulitan, kami dari pihak blogger EX-SOK memohon ribuan kemaafan. Syukran

Sahabat EX-SOK

salam ziarah

Khamis, 20 Januari 2011

TAHNIAH

EX-SOK Mengucapkan TAHNIAH buat adik-adik yang berjaya dalam peperiksaan tahun lepas. Diharap dapat mengekalkan kejayaan ini pada masa yang akan datang, dan yang tidak berjaya insyaAllah masih lagi ada peluang untuk berjaya.
jangan sia-siakan masa yang ada..

Pada adik-adik yang baru saja menjejakkan kaki ke sekolah menengah jadikan abang-abang & kakak-kakak yang telah berjaya sebagai idola, untuk kita mejejaki langkah mereka...

Isnin, 3 Januari 2011

salam takziah

Pertama sekali marilah sama-sama kita merafatkan kesyukuran kita kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kesempatan kepada kita untuk meneruskan lagi kehidupan pada tahun ini...

Post kali ini, kami ahli EX-SOK ingin mengucapakan takziah kepada keluarga ahli EX-SOK (Mohamad Hafiq Suhaimi Bin Sidik Ahmad) kerana ibunya telah kembali kerahmatullah pada hari sabtu 01/01/2011, dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg, Tebing Tinggi selepas asar pada hari tersebut..


seterusnya,
Salam takziah juga diucapkan kepada keluarga Siti Nurhayati Husna Bt Razali mantan Timbalan ll Ex-SOK daripada kami Ex-SOK, kerana walid kepada beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari khamis (06 Januari 2011M bersamaan 01 safar 1432H) kerana serangan jantung…

Akhir sekali, takziah juga di ucapkan kepada keluarga Wan Mustafa (che wan) & Wan Hazimah (che mah), bekas penender Kantin SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat (2004-2008) kerana anak kedua mereka Wan Nor Firdaus (Abe Ngah) juga telah kembali ke Rahmatullah pada hari sabtu (08 januari 2011 M bersamaan 03 Safar 1432 H) kerana telibat dalam kemalangan jalan raya di Tok Bali Pasir Puteh…

Semoga Roh mereka ditempatkan bersama2 orang yang beriman…. Ameen...

Al-Fatihah



Sabtu, 1 Januari 2011

selamat tahun baru 2011



Bismillahirahmanirahim.. dan salam sejahtera buat sahabat2 EX-SOK semua…..pejam celik-pejam celik dah habis dah tahun 2010, jadinya, ni bermakna dah 3 tahun EX-SOK ditubuhkan… nk tau? Banyak kenangan manis dan suka duka yang telah ahli2 EX-SOK lalui. Semua nyer berlaku dengan pantaskan???… tp nk buat cm ner, kita tiada kuasa pun nak ubah mahupun nak putarkan masa ni kembali pada waktu dahulu. Diharap kenangan itu kekal abadi di dalam memori kita semua…

Ha…. Pada tahun-tahun yang lepas, EX-SOK telah banyak menganjurkan program yang mendidik pelajar supaya dapat memotivasikan diri. Kebanyakkannya berkaitan dengan Sekolah Menengah Ugama Arab Khairiah (SMUAK). Kenapa kami memilih sekolah ni???? Sebab, di sekolah ni lah EX-SOK ditubuhkan dan semua ahli EX-SOK adalah bekas pelajar SMUAK.

Alhamdulillah, selama 3 tahun EX-SOK ditubuhkan, dah ramai pelajar2 yang telah mendaftar kan diri untuk menjadi ahli EX-SOK. Tak kira dari pada peringkat abang2, kakak2, peringkat adik2 pun ada. Maklumlah, ada yang pindah sekolah sebelum EX-SOK di tubuhkan lagi, n ada yang tamat belajar awal. Semua nya di satukan dalam EX-SOK. Apa tidak nye, setiap tahun EX-SOK akan mengadakan majlis hari raya, n semua ahli EX-SOK dan guru2 SMUAK dulu dan sekarang turut dijemput hadir. Erm, semua dapat kenal n jumpa semula… hehehehe, cam program “jejak kasih” la plak.. hehehe

Tahun 2011 pe program nk buat ye???? Erm, kita g rehlah nak? Mesti best.. erm tapi kena tanya pendapat ahli yang lain.. Bagi sesiapa yang nk bagi cadangan boleh la utarakan pada presiden EX-SOK. Insya Allah, kena tengok bajet n masa jugak nk buat program besar ni.. maklum la, majoriti ahli EX-SOK ni masih lg student yang tengah belajar.. so, kalau buat program ramai yang x de x syok kan?? Kcian kt kwn2 yang tk leh join. Bkn mudah nk berkumpul ramai2 ni.. btol tak???? Erm. .. Jadi EX-SOK harap agar tahun baru ini kan menjanjikan kenangan yang terindah berbandingkan dengan tahun-tahun yang lalu. & EX-SOK mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang banyak menyokong EX-SOK. & EX-SOK juga memohon maaf andai ada menguris hati mana2 pihak, harap di maafkan.

Semoga ukhuwah yang telah kita bina ini terus berpanjangan.. Insya Allah.. “UKHUWAH TERJAGA HIDUP BERJASA”. Wassalam.

Related Posts with Thumbnails