Pertama sekali marilah sama-sama kita merafatkan kesyukuran kita kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kesempatan kepada kita untuk meneruskan lagi kehidupan pada tahun ini...
Post kali ini, kami ahli EX-SOK ingin mengucapakan takziah kepada keluarga ahli EX-SOK (Mohamad Hafiq Suhaimi Bin Sidik Ahmad) kerana ibunya telah kembali kerahmatullah pada hari sabtu 01/01/2011, dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg, Tebing Tinggi selepas asar pada hari tersebut..
seterusnya,
seterusnya,
Salam takziah juga diucapkan kepada keluarga Siti Nurhayati Husna Bt Razali mantan Timbalan ll Ex-SOK daripada kami Ex-SOK, kerana walid kepada beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari khamis (06 Januari 2011M bersamaan 01 safar 1432H) kerana serangan jantung…
Akhir sekali, takziah juga di ucapkan kepada keluarga Wan Mustafa (che wan) & Wan Hazimah (che mah), bekas penender Kantin SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat (2004-2008) kerana anak kedua mereka Wan Nor Firdaus (Abe Ngah) juga telah kembali ke Rahmatullah pada hari sabtu (08 januari 2011 M bersamaan 03 Safar 1432 H) kerana telibat dalam kemalangan jalan raya di Tok Bali Pasir Puteh…
Semoga Roh mereka ditempatkan bersama2 orang yang beriman…. Ameen...
Al-Fatihah



Tiada ulasan:
Catat Ulasan