PENGUMUMAN

PERHATIAN
kepada semua bekas pelajar SMU(A) Khairiah, mohon kerjasama untuk mengisi borang ahli EX-SOK. Bagi mengumpul data-data anda semua. Yang sudah mengisi borang sebelum ini sila upload gambar anda bersama. Untuk daftar sebagai ahli "klik button dibawah" Segala kesulitan, kami dari pihak blogger EX-SOK memohon ribuan kemaafan. Syukran

Sahabat EX-SOK

salam ziarah

Jumaat, 17 Jun 2011

Sambutan Hari Guru 2011

Bismillahirohmanirahim……



Pada 14 Jun 2011 bersamaan (12 Rajab 1432 H), SMU(A) Khairiah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru. Ia telah dianjurkan oleh Badan Pengawas Sekolah (BPS). Majlis yang berlangsung selama satu hari melibatkan semua guru dan pelajar SMU(A) Khairiah. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang pelajar EX-SOK.



Terdapat dua acara yang telah dilaksanakan iaitu, acara padang dan acara dewan. Bagi acara padang, guru-guru telah bermain 2 permainan, iaitu permainan Galah Panjang dan Baling Tin. Manakala, acara dewan ialah Persembahan daripada Pelajar, Kotak Beracun dan Persembahan Dikir Barat. Majlis ini diadakan untuk menghargai jasa-jasa guru dan merapatkan ukhuwwah di antara pelajar dan guru. Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan.

Selasa, 7 Jun 2011

Bermula cuti sekolah, Make bekwoh


Assalamualaikum wbt buat semua sahabat Ex-sok, first, mohon maaf kerana lama blog ni x diupdate. Nak buat macam mana, disebabkan kesibukan yang ada & masa yang mengejar. Maaf sekali lagi dari kami 2 blogger ni. :-)

Cuti sekolah bermula lg,.. student U pun bercuti sakan jg.. 4bulan bercuti 2... sakan lh.. buat majlis plak..
Cam sinonim plak bila cuti sekolah ada bekwoh...

Disini, kami dari pihak Ex-sok mengucapkan Selamat Bercuti & Selamat Pengantin Baru buat sahabat Ex-sok yang telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka iaitu :

1) Solehah dengan suami, Zuhaidi 28 Mei 2011
2) Wan Hajarul Aswani bersama suami, Syamil Saufi 30Mei 2011
& sahabat-sahabat ex-sok yang buat majlis time cuti ni..

Selamat buat make & Moga menjadi keluarga sakinah, Mawaddah warahmah sentiasa. Aameen

Related Posts with Thumbnails