PENGUMUMAN

PERHATIAN
kepada semua bekas pelajar SMU(A) Khairiah, mohon kerjasama untuk mengisi borang ahli EX-SOK. Bagi mengumpul data-data anda semua. Yang sudah mengisi borang sebelum ini sila upload gambar anda bersama. Untuk daftar sebagai ahli "klik button dibawah" Segala kesulitan, kami dari pihak blogger EX-SOK memohon ribuan kemaafan. Syukran

Sahabat EX-SOK

salam ziarah

Kalam Presiden






Aturan Syukur kepada Allah Jalla wa ‘Azza atas nikmat kesejahteraan iman, akal dan fizikal  yang dikurniakan-Nya, maka dapat kita sempurnakan tugasan sebagai khalifah muda di muka bumi ini.

 Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua bekas pelajar SMUAK yang memberi kepercayaan kepada sayaa untuk memegang jawatan sebagai Presiden EX-SOK, tugas ini bukanlah senang, tetapi saya akan buat yang terbaik dalam usaha kita untuk merapatkan kembali ukhwah diantara bekas pelajar. Saya juga ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada mantan presiden kerana menubuhkan EX-SOK ini dan pihak sekolah kerana memberi peluang kepada kami untuk menubuhkan persatuan ini.


sehingga hari ini EX-SOK baru berusia lebih kurang 4 tahun dan pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kami untuk membantu pihak sekolah terutama dalam melatih pada para pimpinan sekolah dalam memberi tunjuk ajar dan juga latihan kepada mereka mengenai kepimpinan. Diantara Program yang telah kami anjurkan adalah "PROMOK'09", "PEMANTAP'10"&"PROKEP'11", ini adalah merupakan program yang milibatkan pimpinan sekolah.


Antara program lain yang pernah kami anjurkan bersama pihak sekolah adalah "Islamic Smart Leader Camp 2011", Program Anak Angkat di Perkampungan Orang Asli : Post Pasik, Jeli. Siri 1&2" dan banayak lagi.

Akhir sekali, saya mengharapkan agar anda semua memberi sokongan yang penuh kepada EX-SOK agar EX-SOK terus maju, dan hayat EX-SOK akan berterussan dalam merapatkan ukhwah antara bekas pelajar dan pihak sekolah.

sekian, wassalam..

Related Posts with Thumbnails