PENGUMUMAN

PERHATIAN
kepada semua bekas pelajar SMU(A) Khairiah, mohon kerjasama untuk mengisi borang ahli EX-SOK. Bagi mengumpul data-data anda semua. Yang sudah mengisi borang sebelum ini sila upload gambar anda bersama. Untuk daftar sebagai ahli "klik button dibawah" Segala kesulitan, kami dari pihak blogger EX-SOK memohon ribuan kemaafan. Syukran

Sahabat EX-SOK

salam ziarah

Ucapan Mudir



UCAPAN MUDIR
(AL-FADHIL USTAZ CHE HASHIM BIN MAHMUD)


Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga  dipanjatkan  kepada Allah S.W.T. kerana memberi peluang untuk meneruskan lagi kehidupan kita sehingga hari ini, dan masih lagi mengekalkan kita dalam dua nikmat yang paling besar, iaitu nikmat IMAN dan juga nikmat ISLAM..
Pertama sekali saya mengucakan ribuan tahniah kepada EX-SOK, kerana Berjaya menubuhkan suatu organisasi di sekolah ini yang dinamakan Ex-Students Of Khairiah Society (EX-SOK), diharap EX-SOK pada masa akan datang dapat mengumpul seberapa ahli yang boleh, dan saya berbangga dengan EX-SOK kerana walaupun ahli-ahlinya sudah tidak lagi disekolah ini namun kembali kesekolah ini untuk memberi sumbangan dan pengalaman yang diperolehi di luar sana kepada adik-adik yang masih lagi belajar di sekolah dan  saya juga amat mengalu-alukan kepada EX-SOK bagi mengadakan program kepada adik-adik yang masih lagi menuntut disekolah ini.
 Dengan EX-SOK mengadakan program disekolah ini mampu menjadi contoh dan memupuk semangat kepada para pelajar untuk belajar apabila melihat abang-abang dan kakak-kakak mereka telah berjaya, selain itu menjadi contoh kepada masyarakat bahawa para bekas pelajar tidak hanya meninggalkan sekolah mereka begitu sahaja apabila tamat persekolahan, malahan mereka datang untuk memberi sumbangan kepada sekolah
                Pada pandangan saya bagi merapatkan lagi hubungan antara ahli EX-SOK dengan pihak sekolah dan juga ahli JPKS adalah dengan mengadakan hari keluarga khairiah yang melibatkan semua pihak sekolah misalnya, dan juga dengan menganjurkan hari-hari kebesaran Islam.
                Harapan saya adalah, agar pihak EX-SOK dapat mengadakan banyak lagi program disekolah ini, supaya sekolah ini mampu melahirkan modal insan yang cemerlang, dan mengucapakan jutaan terima kasih di atas segala program yang telah dianjurkan sebelum ini, semoga mendapat manfaat yang besar pada masa akan datang.
Jazakallahukhairan kashiran…

Related Posts with Thumbnails