PENGUMUMAN

PERHATIAN
kepada semua bekas pelajar SMU(A) Khairiah, mohon kerjasama untuk mengisi borang ahli EX-SOK. Bagi mengumpul data-data anda semua. Yang sudah mengisi borang sebelum ini sila upload gambar anda bersama. Untuk daftar sebagai ahli "klik button dibawah" Segala kesulitan, kami dari pihak blogger EX-SOK memohon ribuan kemaafan. Syukran

Sahabat EX-SOK

salam ziarah

Rabu, 28 Julai 2010

Bicara Ilmu

Aturan syukur kepada Allah Jalla wa Azza atas segala nikmat kurniaan-Nya,Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad S.A.W,Penghulu sekalian Nabi dan Rasul,pembawa risalah suci.

1) Kedudukan Ilmu dalam islam amatlah tinggi,wahyu pertama sebagai bukti.Dalam al-Quran Allah SWT bersumpah dengan lafaz “demi pena”. Allah mengangkat darjat orang berilmu dalam kalangan manusia.Malahan dalam hadith-hadith Baginda Muhammad SAW memang banyak tentang galakan-galakan menuntut ilmu.Oleh itu cuba saya bicarakan disini tentang ilmu,tetapi dalam aspek yang agak berlainan malah lebih dekat dengan kita sebagai khalifah muda diatas bumi ini.

2) Sebagai khalifah yang masih muda,manfaatkan kehidupan muda anda untuk mengendong sebanyak mungkin ilmu.Kenapa begitu? Mungkin boleh kita ambil pedoman dari kata-kata bijak pandai terdahulu yang menyatakan bahawa :

العلم فى الصغر كالنقش فى الحجر

والعلم فى الكبر كالرسم فى البحر

Maksudnya : Ilmu itu jika dipelajari ketika kecil seumpama melukis di batu,tetapi ilmu semasa tua seumpama menulis dipantai.

Ringkasnya, masa muda adalah masa yang mana minda masih cerdas mengingat sesuatu ilmu,sebaliknya bila sudah tua,memang susah mengingat malah mudah pula lupa.

3) Dalam berurusan dengan ilmu, perlu diingat, perlu ada dalam diri kita niat yang jelas, iaitu kerana Allah Jalla wa Azza.Rata-rata manusia pada tika ini tidak sedar bahawa mereka mendahulukan asbab lain dalam mengejar ilmu.Ini adalah satu kesalahan yang besar malah tersasar jauh dari landasan yang sepatutnya :

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا لِغَيْرِ اللَّهِ أَوْ أَرَادَ بِهِ غَيْرَ اللَّهِ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Maksudnya : Dari ibnu Umar dari Nabi SAW Sabda Baginda : barang siapa mempelajari ilmu kerana selain dari Allah, atau berkehendakkan selain Allah, maka disediakan tempat baginya dineraka.(Riwayat at-Tirmizi)

4) Perhatikan hadith yang diriwayat dalam Musannaf ibnu Abi Syaibah :

ابن نمير قال حدثنا هشام عن الحسن قال ، قال رسول الله (ص) : (العلم

علمان : علم في القلب فذاك العلم النافع ، وعلم على اللسان فتلك حجة الله على عباده).

Maksudnya : Sabda Rasulullah SAW : Ilmu itu 2 jenis , Ilmu di hati itulah ilmu yang bermanfaat, dan Ilmu di atas lidah,itulah yang akan menjadi hujjah Allah terhadap manusia.

Kefahaman yang dapat dijadikan pedoman adalah, carilah jenis ilmu yang pertama,ilmu yang melekat dihati dan diamalkan,bukannya jenis ilmu yang kedua iaitu bersifat lipstik sahaja, boleh berhujjah tetapi tidak diamalkan. Itulah hakikat golongan muda pada hari ini, suka berhujjah walau ilmu tidak seberapa.Ingatlah, nilai sebenar ilmu adalah terletak pada amal.

Akhir kalam,berbaktilah kepada ilmu kerana selama mana kita berada diperjalanan mencari ilmu, selagi itulah Allah akan mempermudah jalan ke syurga.Ingat, ilmu sifatnya cerewet, perlu dicari bukan ianya mencari kita,mudah hilang jika tidak diikat, malah perlu kita bersabar atas setiap halangan dijalannya.

Khamis, 22 Julai 2010

Pos Pasik @ Sri Permai




Pada 29 jun - 3 julai 2010, satu program yang di beri nama Program Anak Angkat di Perkampungan Orang Asli telah dianjurkan oleh Badan Kepimpinan Sekolah & Ex-SOK dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Negeri Kelantan (ABIM Kok Lanas).
Penyertaan adalah seramai 39 orang dari tingkatan 4 & 5 bersama dengan pelapis dari bekas-bekas pelajar Khairiah itu sendiri berserta 4 orang guru pemantau.

Program ini bertujuan bagi membina kepimpinan & dakwah dalam diri pelajar dengan suasana yang berbeza. Di mana dengan menunjukkan akhlak yang baik & berhemah. Disamping dapat mengetahui & mengenali pelbagai ragam manusia.

Program berjalan selama 5 hari 4 malam dengan pelbagai aktiviti, antaranya adalah :


InsyaAllah, program susulan ke perkampungan orang asli akan diadakan lagi dengan misi tersendiri. Semoga program seterusnya dapat kita semua jayakan dengan lebih baik & mencapai matlamat program.

Selasa, 20 Julai 2010

PRA-REUNION

oleh: eppy90

Program pra-Reunion ini adalah bertujuan untuk menghimpunkan semua bekas-bekas pelajar
SMUAK dari tahun 2006-2009. Diantara pengisian didalam program ini ialah sukaneka dan juga jamuan. Pelbagai sukaneka yang telah diadakan, seperti bowling padang, shout bola jaring,
tiup belon dan banyak lagi.


Program ini telah diadakan pada 10hb JUN 2010, bermula jam 9 pagi hingga 12.30tgh
bertempat di Sungai Jernih, Padang Pak Amat, Pasir Puteh.
Sambutan bagi program ini amat menggalakkan,
dan mendapat sambutan yang baik di kalangan bekas pelajar.

Khamis, 15 Julai 2010

Kalam Presiden

Aturan Syukur kepada Allah Jalla wa ‘Azza atas nikmat kesejahteraan iman,akal dan fizikal yang dikurniakan-Nya,maka dapat kita sempurnakan tugasan sebagai khalifah muda di muka bumi ini.

Fokus tulisan saya adalah berkenaan EX-SOK : hakikat dan harapan.

Tahun ini EX-SOK telah mencapai usia kurang lebih 3 tahun.Dari sudut hakikatnya,kehadirannya telah disedari,malah sebut sahaja namanya,warga khairiah;guru dan pelajar sudah kenal.Tetapi disebaliknya,mungkin ramai tidak tahu apa yang dilakukan untuk memperkenal dan memperkasa EX-SOK.

Pelbagai usaha dan strategi dilakukan oleh Pimpinan yang dikepalai oleh saya yang antaranya dilihat paling berkesan ialah mewajibkan EX-SOK melaksanakan setidak-tidaknya satu aktiviti untuk sekolah dalam tempoh setahun.Buktinya,PROMOK ’09 dan PEMANTAP ’10.Setelah melihat kejayaan 2 aktiviti besar ini,lantas kita terus diberi kepercayaan mengepalai Program Anak Angkat bersama Orang ASli di Kg Pasik Gua Musang.Malahan mutakhir ini,kita diberi amanah membantu Badan Pengawas Sekolah melaksanakan Majlis Sambutan Hari Guru.

Demi memastikan kelangsungan pergerakan EX-SOK,kami telah menggariskan beberapa panduan yang disebut sebagai Perlembagaan EX-SOK.Elemen yang digeset adalah perkara dasar yang mendasari arah laluan kita agar terpandu mencapai Misi dan seterusnya Visi organisasi ini.

Dari sudut penerimaan bekas-bekas pelajar pula,ramai telah menyedari,malah memberi sokongan kepada EX-SOK dengan penyertaan program dan aktiviti kita.Saya secara peribadi,sudah berpuas hati malah sudah boleh menghela nafas lega diatas penerimaan semua.

Harapan,setelah kami bersara menjelang raya ini,diharapkan pihak pimpinan baru yang akan dipilih nanti akan menyambung perjuangan suci kami.Angkasakan EX-SOK, jadikan ia sebagai wadah melentur ukhuwwah dan menabur ketulusan budi.Juga harapan melihat kepercayaan orang kepada EX-SOK terus menyilau bukannya semakin meluntur dek berlalu masa.

Tanggungjawab Pimpinan baru yang saya lihat sebagai pokok perkara yang perlu dibina ialah mencipta sumber kewangan EX-SOK secara konsisten.Ini adalah skop tugas yang masih belum kami berjaya laksanakan dengan betul-betul strategis dam mapan.

Bagi sesiapa yang dah berkerjaya,diharap dapat memberi sumbangan kewangan demi memastikan kelangsungan perjuangan EX-SOK. Bagi yang masih belajar,sumbangan nilai intelek dan buah minda anda ditagih.

Sokonglah EX-SOK dan pimpinan anda.Bersama teruskan bakti dan budi.Semoga Allah mengganjari.Terima Kasih.

Rabu, 14 Julai 2010

PROMOK '09



Program Latihan dan Motivasi Kepimpinan 2009 atau singkatannya “PROMOK ‘09” merupakan program sulung yang dianjurkan oleh Ex-Students Of Khairiah Society (EX-SOK) dan Badan Perwakilan Pelajar (BPP) SMU (A) Khairiah padang Pak Amat, pada 25-27 Jun 2009 bertempat di Wisma Madu, Machang, Kelantan.


-nie sebelum bertolak ke Wisma Madu, Machang-



Program ini bertemakan “Bersama Merevolusi Kegemilangan Pelajar”, ini adalah bertujuan untuk melahirkan pemuda-pemudi yang mempunyai kepimpinan yang tinggi dalam diri untuk memimpin diri ataupun masyarakat luar.

Program ini telah disertai oleh barisan pimpinan sekolah, yang terdiri daripada hampir 80 orang peserta lelaki dan perempuan.



Kami sebagai penganjur, meletakkan harapan yang tinggi kepada semua peserta yang mengikuti program ini agar dapat mempelajari dan mempraktikkan dengan apa yang mereka dapat ke dalam kehidupan seharian.


Selasa, 6 Julai 2010

PEMANTAP ’10

oleh: eppy90

PEMANTAP’10 adalah singkatan daripada “Program Pemantapan Akademik & Kepimpinan 2010” yang diadakan di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Khairiah, Padang Pak Amat, pada 3,4 & 5 Jun 2010 (Khamis-Sabtu) yang mana ianya dianjurkan oleh Persatuan Bekas-bekas Pelajar sekolah tersebut (EX-SOK) dengan kerjasama warga Pendidik SMU(A)K.

Program ini adalah bertujuan untuk perkongsian bersama-sama tentang kemasukan ke IPTA/IPTS oleh wakil setiap IPTA/IPTS yang mana ianya terdiri daripada bekas-bekas pelajar sekolah itu dengan adik-adik yang masih lagi belajar disekolah itu. Disamping itu melatih mereka dari segi kepimpinan, ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka cara untuk memimpin diri terutamanya kepada pemimpin yang memegang jawatan disekolah.

EX-SOK RAYA

oleh: eppy90

Majlis hari raya sudah menjadi aktiviti wajib pada setiap tahun bagi EX-SOK dan merupakan perhimpunan tahunan bagi persatuan bekas pelajar. Majlis ini merupakan yang pertama kali diadakan oleh EX-SOK secara formal di dewan SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat, pada tahun 2009 bersama dengan guru-guru. Merupakan majlis yang ke-3 bermula tahun 2007.

Majlis ini adalah bertujuan untuk menghimpunkan kembali bekas-bekas pelajar yang pernah belajar di SMUAK. Disamping membuat perancangan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada tahun yang akan datang, selain itu , semasa majlis ini jugalah EX-Sok akan buat pembubaran Organisasi dan melantik adik-adik yang baru dalam Majlis Tertinggi EX-SOK.

Diharap pada tahun-tahun yang akan datang lebih mendapat sambutan daripada bekas-bekas pelajar SMUAK sendiri. IsyaAllah...

Related Posts with Thumbnails