Aturan Syukur kepada Allah Jalla wa ‘Azza atas nikmat kesejahteraan iman,akal dan fizikal yang dikurniakan-Nya,maka dapat kita sempurnakan tugasan sebagai khalifah muda di muka bumi ini.
Fokus tulisan saya adalah berkenaan EX-SOK : hakikat dan harapan.
Tahun ini EX-SOK telah mencapai usia kurang lebih 3 tahun.Dari sudut hakikatnya,kehadirannya telah disedari,malah sebut sahaja namanya,warga khairiah;guru dan pelajar sudah kenal.Tetapi disebaliknya,mungkin ramai tidak tahu apa yang dilakukan untuk memperkenal dan memperkasa EX-SOK.
Pelbagai usaha dan strategi dilakukan oleh Pimpinan yang dikepalai oleh saya yang antaranya dilihat paling berkesan ialah mewajibkan EX-SOK melaksanakan setidak-tidaknya satu aktiviti untuk sekolah dalam tempoh setahun.Buktinya,PROMOK ’09 dan PEMANTAP ’10.Setelah melihat kejayaan 2 aktiviti besar ini,lantas kita terus diberi kepercayaan mengepalai Program Anak Angkat bersama Orang ASli di Kg Pasik Gua Musang.Malahan mutakhir ini,kita diberi amanah membantu Badan Pengawas Sekolah melaksanakan Majlis Sambutan Hari Guru.
Demi memastikan kelangsungan pergerakan EX-SOK,kami telah menggariskan beberapa panduan yang disebut sebagai Perlembagaan EX-SOK.Elemen yang digeset adalah perkara dasar yang mendasari arah laluan kita agar terpandu mencapai Misi dan seterusnya Visi organisasi ini.
Dari sudut penerimaan bekas-bekas pelajar pula,ramai telah menyedari,malah memberi sokongan kepada EX-SOK dengan penyertaan program dan aktiviti kita.Saya secara peribadi,sudah berpuas hati malah sudah boleh menghela nafas lega diatas penerimaan semua.
Harapan,setelah kami bersara menjelang raya ini,diharapkan pihak pimpinan baru yang akan dipilih nanti akan menyambung perjuangan suci kami.Angkasakan EX-SOK, jadikan ia sebagai wadah melentur ukhuwwah dan menabur ketulusan budi.Juga harapan melihat kepercayaan orang kepada EX-SOK terus menyilau bukannya semakin meluntur dek berlalu masa.
Tanggungjawab Pimpinan baru yang saya lihat sebagai pokok perkara yang perlu dibina ialah mencipta sumber kewangan EX-SOK secara konsisten.Ini adalah skop tugas yang masih belum kami berjaya laksanakan dengan betul-betul strategis dam mapan.
Bagi sesiapa yang dah berkerjaya,diharap dapat memberi sumbangan kewangan demi memastikan kelangsungan perjuangan EX-SOK. Bagi yang masih belajar,sumbangan nilai intelek dan buah minda anda ditagih.
Sokonglah EX-SOK dan pimpinan anda.Bersama teruskan bakti dan budi.Semoga Allah mengganjari.Terima Kasih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan