PENGUMUMAN

PERHATIAN
kepada semua bekas pelajar SMU(A) Khairiah, mohon kerjasama untuk mengisi borang ahli EX-SOK. Bagi mengumpul data-data anda semua. Yang sudah mengisi borang sebelum ini sila upload gambar anda bersama. Untuk daftar sebagai ahli "klik button dibawah" Segala kesulitan, kami dari pihak blogger EX-SOK memohon ribuan kemaafan. Syukran

Sahabat EX-SOK

salam ziarah

Selasa, 29 Mac 2011

PROGRAM ANAK ANGKAT, PERKAMPUNGAN ASLI SIRI 2


Hampir 60 orang terlibat dalam program anak angkat di perkampungan orang asli Pos Pasik, Kampung Sri Permai Gua Musang, Kelantan. 47 orang pelajar dan bekas pelajar SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat, 4 Orang Sukarelawati dari ABIM dan selebihnya dari pihak ABIM yang diadakan selama 2 hari 3 malam iaitu pada 15-18 Mac 2011 anjuran Islamic Outreach ABIM, Kelantan (Pusat Latihan Dan Dakwah Orang Asli) Dengan Kerjasama SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat.


Program ini merupakan siri kedua diadakan di perkampungan tersebut setelah misi pertama berjaya dilaksanakan pada Jun tahun lalu. Misi kali ini lebih mencabar jika dibandingkan dengan misi pertama. Ini adalah kerana, bukan sahaja orang Islam yang terlibat dalam mengambil anak angkat malahan orang Kristian dan Sewang (Agama Asal) juga turut terlibat. Tetapi yang lebih mencabar kami terpaksa menaiki lori untuk ke perkampungan tersebut, dan kami juga terpaksa menolak lori disebabkan jalan licin yang tidak berbatu.

Walaupun tidak ramai Ahli EX-SOK yang terlibat sama dalam menjayakan misi kali ini, namun Alhamdulillah program kali ini berjalan dengan lancar. Program ini sepatutnya diadakan selama 4 hari 3 malam, akan tetapi disebabkan salah faham antara pihak sekolah dan pihak ABIM program ini diadakan 3 hari 2 malam sahaja. Pada malam terakhir, semua peserta diraikan dengan tarian Sewang iaitu Tarian Kebudayaan Masyarakat Asli Pos Pasik, Gua Musang.

Kami dari pihak Ex-Sok, mengharapkan program sebegini diadakan lagi pada masa akan datang dan mendapat penyertaan yang lebih ramai lagi daripada adik-adik di SMU(A)Khairiah dan juga dari bekas pelajar sendiri. i'Allah...


1 ulasan:

  1. SubhanAllah... ble plak kami nak join lg ke sna... moga niat adk2 semo kesana dberkati olehNya...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails