Pada 24 Mac 2011 (Khamis) SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat mencipta sejarah apabila mengadakan program Majlis Persaraan Pn. Hajjah Kamariah Bt Ismail (cikgu Kamariah) Majlis sebegini merupakan kali pertama diadakan di SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat.
Majlis ini bertambah meriah apabila Cikgu Kamariah diarak dengan menaiki beca, seterusnya pertunjukan Teakwon-Do oleh Kelab Teakwon-Do Khairiah seterusnya persembahan Guru dan Pelajar dan Penyampaian hadiah kepada cikgu Kamariah.
Cikgu Kamariah dilahirkan pada 22 Mac 1953 M bersamaan 06 Rejab 1372 H di Pasir Puteh, Kelantan, dan beliau merupakan anak sulung dari 4 adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Perempuan), Pasir Puteh pada tahun 1960-1966 dan seterusnya menyambung ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kamil, Pasir Puteh pada tahun 1967-1971.
Beliau memulakan tugas sebagai seorang pendidik pada tahun 1974 di SMU(A) Hidayah Islamiah, Bachok sehingga tahun 1978, dan seterusnya berpindah ke SMU(A) Khairiah, Padang Pak Amat pada tahun 1979-2002. Pada tahun 2003 – 2006 berpidah ke SMU(A) Nahdatul Islamiah Jelor, Pasir Puteh dan pada tahun 2006 hingga sekarang kembali semula ke SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat. Setelah hampir 37 tahun beliau menabur bakti sebagai Pendidik akhirnya beliau menamatkan tugas beliau sebagai pendidik di SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat pada 22 Mac 2011 pada usia 58 tahun.
sijil penghargaan disampaikan kepada Jabatan Pertahanan Awan Malaysia (JPAM)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan