PENGUMUMAN

PERHATIAN
kepada semua bekas pelajar SMU(A) Khairiah, mohon kerjasama untuk mengisi borang ahli EX-SOK. Bagi mengumpul data-data anda semua. Yang sudah mengisi borang sebelum ini sila upload gambar anda bersama. Untuk daftar sebagai ahli "klik button dibawah" Segala kesulitan, kami dari pihak blogger EX-SOK memohon ribuan kemaafan. Syukran

Sahabat EX-SOK

salam ziarah

Ahad, 5 Disember 2010

Perginya Bertemu ILAHI

Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita mungucapkan kesyukuran kita yang tidak terhingga kepada ILAHI kerana masih lagi mengurniakan kepada kita nikmat yang paling besar iaitu IMAN & ISLAM, dan juga masih lagi memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan kita seperti hari-hari sebelumnya..

Post pada kali ini, ingin membuat sedikit perkongsian kepada semua ahli EX-SOK bahawa salah seorang daripada ahli EX-SOK telah kembali Kerahmatullah iaitu SITI ESAH BT MOHAMAD pada pagi 13/11/2010 (sabtu) kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 12/11/2010 di Gua Musang ketika dalam perjalanan pulang dari UKM ke Kelantan, ini adalah kerana kereta yang dinaiki bersama sahabat beliau telah bertembung dengan sebuah lori. Setelah itu, Allahyarhamah dihantar ke Hospital Gua Musang kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Krai.

Beliau yang merupakan pelajar tahun akhir semester 5 di UKM, dan baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir semester 5. Merupakan anak sulung dalam keluarga dan menjadi harapan dalam keluarganya. Jenazah Allahyarhamah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Permatang Sungkai di kampungnya. Marilah sama-sama kita doakan agar ROH beliau ditempatkan bersama orang-orang yang solehah & memberi ketabahan buat keluarga Allahyarhamah, amin…

Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarhamah…

Sesungguhnya,Allah lebih menyayanginya...

AL-FATIHAH

Jumaat, 10 September 2010

Majlis Sambutan Hari Raya 2010


Seperti biase setiap tahun, EXSOK akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya @ juga boleh dikatakan sebagai majlis Reunion yang menjadi perkara wajib setiap tahun bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara sahabat-sahabat & guru. Kali pertama diadakan pada tahun 2007 secara tidak formal sehinggalah tertubuhnya persatuan ini.

Pada kali ini, kami dari pihak organisasi kerja amat mengharapkan kehadiran bekas2 pelajar & juga guru2 bagi memeriahkan majlis tersebut.. Sekaligus merapatkan kembali ukhuwwah yang telah terjalin di antara kita. Bertepatan dengan tema kali ini "KEMBALI BERSATU DIPAYUNGI UKHUWWAH MAHABBAH". Moga majlis ini berjalan dengan lancar & di rahmati oleh Nya. InsyaAllah....

Untuk pengetahuan semua, acara penting untuk majlis kali ini adalah pemilihan pimpinan baru EX-SOK seperti yang tercatat di dalam perlembagaan, akan diadakan pemilihan jawatan baru selepas 3 tahun. Kerana itu kami mengharapkan kehadiran semua pelajar & bekas pelajar, malah tenaga pengajar untuk hadir bagi menentukan siapakah pimpinan baru yang layak untuk menerajui EX-SOK di masa hadapan...

Related Posts with Thumbnails