Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita mungucapkan kesyukuran kita yang tidak terhingga kepada ILAHI kerana masih lagi mengurniakan kepada kita nikmat yang paling besar iaitu IMAN & ISLAM, dan juga masih lagi memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan kita seperti hari-hari sebelumnya.. Post pada kali ini, ingin membuat sedikit perkongsian kepada semua ahli EX-SOK bahawa salah seorang daripada ahli EX-SOK telah kembali Kerahmatullah iaitu SITI ESAH BT MOHAMAD pada pagi 13/11/2010 (sabtu) kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 12/11/2010 di Gua Musang ketika dalam perjalanan pulang dari UKM ke Kelantan, ini adalah kerana kereta yang dinaiki bersama sahabat beliau telah bertembung dengan sebuah lori. Setelah itu, Allahyarhamah dihantar ke Hospital Gua Musang kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Krai.
Beliau yang merupakan pelajar tahun akhir semester 5 di UKM, dan baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir semester 5. Merupakan anak sulung dalam keluarga dan menjadi harapan dalam keluarganya. Jenazah Allahyarhamah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Permatang Sungkai di kampungnya. Marilah sama-sama kita doakan agar ROH beliau ditempatkan bersama orang-orang yang solehah & memberi ketabahan buat keluarga Allahyarhamah, amin…
Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarhamah…
Sesungguhnya,Allah lebih menyayanginya...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan