PERHATIAN kepada semua bekas pelajar SMU(A) Khairiah, mohon kerjasama untuk mengisi borang ahli EX-SOK. Bagi mengumpul data-data anda semua. Yang sudah mengisi borang sebelum ini sila upload gambar anda bersama. Untuk daftar sebagai ahli "klik button dibawah" Segala kesulitan, kami dari pihak blogger EX-SOK memohon ribuan kemaafan. Syukran
Pada 29 jun - 3 julai 2010, satu program yang di beri nama Program Anak Angkat di Perkampungan Orang Asli telah dianjurkan oleh Badan Kepimpinan Sekolah & Ex-SOK dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Negeri Kelantan (ABIM Kok Lanas). Penyertaan adalah seramai 39 orang dari tingkatan 4 & 5 bersama dengan pelapis dari bekas-bekas pelajar Khairiah itu sendiri berserta 4 orang guru pemantau.
Program ini bertujuan bagi membina kepimpinan & dakwah dalam diri pelajar dengan suasana yang berbeza. Di mana dengan menunjukkan akhlak yang baik & berhemah. Disamping dapat mengetahui & mengenali pelbagai ragam manusia.
Program berjalan selama 5 hari 4 malam dengan pelbagai aktiviti, antaranya adalah :
InsyaAllah, program susulan ke perkampungan orang asli akan diadakan lagi dengan misi tersendiri. Semoga program seterusnya dapat kita semua jayakan dengan lebih baik & mencapai matlamat program.
Program pra-Reunion ini adalah bertujuan untuk menghimpunkan semua bekas-bekas pelajar
SMUAK dari tahun 2006-2009. Diantara pengisian didalam program ini ialah sukaneka dan juga jamuan. Pelbagai sukaneka yang telah diadakan, seperti bowling padang, shout bola jaring,
tiup belon dan banyak lagi.
Program ini telah diadakan pada 10hb JUN 2010, bermula jam 9 pagi hingga 12.30tgh
bertempat di Sungai Jernih, Padang Pak Amat, Pasir Puteh.
Sambutan bagi program ini amat menggalakkan,
dan mendapat sambutan yang baik di kalangan bekas pelajar.
Aturan Syukur kepada Allah Jalla wa ‘Azza atas nikmat kesejahteraan iman,akal dan fizikal yang dikurniakan-Nya,maka dapat kita sempurnakan tugasan sebagai khalifah muda di muka bumi ini.
Fokus tulisan saya adalah berkenaan EX-SOK : hakikat dan harapan.
Tahun ini EX-SOK telah mencapai usia kurang lebih 3 tahun.Dari sudut hakikatnya,kehadirannya telah disedari,malah sebut sahaja namanya,warga khairiah;guru dan pelajar sudah kenal.Tetapi disebaliknya,mungkin ramai tidak tahu apa yang dilakukan untuk memperkenal dan memperkasa EX-SOK.
Pelbagai usaha dan strategi dilakukan oleh Pimpinan yang dikepalai oleh saya yang antaranya dilihat paling berkesan ialah mewajibkan EX-SOK melaksanakan setidak-tidaknya satu aktiviti untuk sekolah dalam tempoh setahun.Buktinya,PROMOK ’09 dan PEMANTAP ’10.Setelah melihat kejayaan 2 aktiviti besar ini,lantas kita terus diberi kepercayaan mengepalai Program Anak Angkat bersama Orang ASli di Kg Pasik Gua Musang.Malahan mutakhir ini,kita diberi amanah membantu Badan Pengawas Sekolah melaksanakan Majlis Sambutan Hari Guru.
Demi memastikan kelangsungan pergerakan EX-SOK,kami telah menggariskan beberapa panduan yang disebut sebagai Perlembagaan EX-SOK.Elemen yang digeset adalah perkara dasar yang mendasari arah laluan kita agar terpandu mencapai Misi dan seterusnya Visi organisasi ini.
Dari sudut penerimaan bekas-bekas pelajar pula,ramai telah menyedari,malah memberi sokongan kepadaEX-SOK dengan penyertaan program dan aktiviti kita.Saya secara peribadi,sudah berpuas hati malah sudah boleh menghela nafas lega diatas penerimaan semua.
Harapan,setelah kami bersara menjelang raya ini,diharapkan pihak pimpinan baru yang akan dipilih nanti akan menyambung perjuangan suci kami.Angkasakan EX-SOK, jadikan ia sebagai wadah melentur ukhuwwah dan menabur ketulusan budi.Juga harapan melihat kepercayaan orang kepada EX-SOK terus menyilau bukannya semakin meluntur dek berlalu masa.
Tanggungjawab Pimpinan baru yang saya lihat sebagai pokok perkara yang perlu dibina ialah mencipta sumber kewangan EX-SOK secara konsisten.Ini adalah skop tugas yang masih belum kami berjaya laksanakan dengan betul-betul strategis dam mapan.
Bagi sesiapa yang dah berkerjaya,diharap dapat memberi sumbangan kewangan demi memastikan kelangsungan perjuangan EX-SOK. Bagi yang masih belajar,sumbangan nilai intelek dan buah minda anda ditagih.
Sokonglah EX-SOK dan pimpinan anda.Bersama teruskan bakti dan budi.Semoga Allah mengganjari.Terima Kasih.