PENGUMUMAN

PERHATIAN
kepada semua bekas pelajar SMU(A) Khairiah, mohon kerjasama untuk mengisi borang ahli EX-SOK. Bagi mengumpul data-data anda semua. Yang sudah mengisi borang sebelum ini sila upload gambar anda bersama. Untuk daftar sebagai ahli "klik button dibawah" Segala kesulitan, kami dari pihak blogger EX-SOK memohon ribuan kemaafan. Syukran

Sahabat EX-SOK

salam ziarah

Isnin, 14 Februari 2011

Majlis Keraian & Perpisahan 2011 & Sambutan Maulidur Rasul

13 Feb 2011 (Ahad) Sekolah Menengah Ugama (Arab) Khairiah, Padang Pak Amat, Pasir Puteh, telah mengadakan program Majlis Keraian dan Perpisahan guru-guru SMU(A) Khairiah, di antaranya Ustaz Ahmad Zaki Bin Mat Nor (Mudir), Cikgu Ismail Bin Hanapi (Penolong Kanan), Ustaz Mohd Zulkifli Bin Mohd Zin , Cikgu Alwi Bin Abd Rahim, Ustazah Norzaini Binti Mustafa dan Cikgu Hamzah Bin Sulaiman, majlis ini turut hadir dalam majlis ini Ahli Parlimen Pasir Puteh Y.B. Muhammad Bin Husin, ADUN Limbongan Y.B. Drs. Zainuddin Awang Hamat, Ketua Komuniti Kampung Padang Pak Amat, Ahli Jawatankuasa Pengelola Kemajuan Sekolah (JPKS) dan juga Wakil Ex-Students Of Khairiah Society (EX-SOK). Majlis ini merupakan julung kalinya diadakan sedemikian di sekolah tersebut.

Sempena majlis ini, ADUN Limbongan juga menyumbangkan alat muzik nasyid kepada pihak sekolah , manakala Ahli Parlimen Pasir Puteh juga turut menyampaikan sumbangan tikar getah untuk surau SMU(A)Khairiah, Padang Pak Amat. Sementara para guru yang berada di dalam majlis tersebut pelajar-pelajar juga mempunyai program mereka iaitu Ceramah Maulidurrasul yang disampaikan oleh Ustaz Halim.


Ahli Parlimen Pasir Puteh & ADUN Limbongan

Ustaz Halim

Cikgu Hamzah
Cikgu Ismail Ustaz Zulkifli

2 ulasan:

  1. Moga Allah melimpahkan sgla rahmatNya pada guru2 kita y telah sggup mcurahkn ilmunya d bumi khairiah.. I'Allah
    ~~~xsmpt nk jupe mudir zaki n ustaz2 y kuar~~~huhuhu

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails