PENGUMUMAN

PERHATIAN
kepada semua bekas pelajar SMU(A) Khairiah, mohon kerjasama untuk mengisi borang ahli EX-SOK. Bagi mengumpul data-data anda semua. Yang sudah mengisi borang sebelum ini sila upload gambar anda bersama. Untuk daftar sebagai ahli "klik button dibawah" Segala kesulitan, kami dari pihak blogger EX-SOK memohon ribuan kemaafan. Syukran

Sahabat EX-SOK

salam ziarah

Khamis, 19 Ogos 2010

Ramadhan yang Tiba

Ramadhan telah kembali menjengah kita.Setelah 11 bulan meninggalkan kita,ia datang kembali.Bagi pencinta ibadah,alangkah gembira dan terharu apabila kembali bersua dengan bulan yang nama samarannya Bulan Ibadah,juga popular sebagai Bulan Keampunan bagi pemburu keampunan Allah Jalla wa ‘Azza.Bertamunya Ramadhan hanya setelah munculnya anak bulan @ sempurna Syaaban 30 hari.Bertamu selama sebulan dan akan melambaikan tangan mengucap selamat tinggal setelah 30 hari bersama.

Hikmat dan Rahsia yang dapat kita cari sempena bersama Ramadhan :

1) Pokok perkara yang perlu tahu sebelum meneroka selainnya ialah : Sesungguhnya Puasa Ramadhan adalah suatu ibadah yang Allah fardhukan terhadap hamba-hambanya.Ini membawa erti apabila seseorang hamba menunaikannya,langsung beliau telah menjawab arahan perintah Allah SWT,menunaikan hak kehambaannya terhadap Allah.

2) Hikmah Puasa 1 : Puasa yang betul diqasadkan kerana Allah akan membangkitkan hati manusia kearah mendekati Allah Jalla wa ‘Azza.ini kerana orang yang berpuasa menghabiskan harinya dengan merasa lapar dan dahaga,menahan dari makan dan minum,tidak menunaikan tuntutan nafsunya yang mendesak kerana semata-mata melaksanakan perintah Allah SWT.

3) Hikmah Puasa 2 : Sesungguhnya Bulan Ramadhan adalah bulan yang suci antara bulan-bulan lain.Allah SWT mahu supaya hambanya memenuhi ini bulan Ramadan ini dengan ketaatan dan mendekatkan diri kepada-Nya.Secara tidak langsung mereka memenuhi tuntutan Ubudiyyah yang merupakan setinggi-tinggi tujuan hidup.Sedangkan pada bulan-bulan lain mereka disibukkan makan minum,majlis-majlis kenduri yang mana kenyang yang berlebihan memberi kesan kepada minda dan pemikiran.

4) Hikmah Puasa 3 : Sesungguhnya berterusan dalam keadaan kenyang dalam kehidupan muslim menguatkan nafsu dan manyuburkan faktor-faktor hasutan kearah kejahatan.Kedua-dua aspek ini adalah perkara yang tidak sepatutnya ada dalam lingkaran kehidupan seseorang muslim.Maka dalam pensyariatan puasa dapat mendidik diri dalam mematahkan sendi-sendi nafsu dan dorongan kejahatan tersebut.

5) Hikmah Puasa 4 : Islam mempunyai satu dasar yang kukuh iaitu dasar mendahulukan malah menjaga perasaan kasih-mengasihi antara mereka serta berlemah-lembut.Dengan berpuasa dapatlah si Kaya merasai kejerihan yang sering dihadapi oleh si Miskin sepanjang kehidupan mereka. Secara tidak langsung ianya dapat menyuburkan nilai kasih si Kaya terhadap si Miskin.

Semoga Puasa yang kita tunaikan akan diterima olah Allah SWT dan seterusnya menjadi himpunan amal-amal soleh kita.Malah,mudah-mudahan kita dapat merasai dan memperolehi hikmah-hikmah tersebut.Syarat utama kearah itu adalah Ikhlas,Kerana kaedah feqah ada menyebut bahwa ‘Al-Umuru bi Maqasidiha”..Nilai penerimaan amalan adalah bergantung kepada niat".

by: Presiden

3 ulasan:

  1. tersentuhnya dengar adanya laman sekolah camni, siap dengan iringan nasyid....oleh itu upgrade lagi..dan lagi...dan lagi...

    BalasPadam
  2. sukran kak maryam.. i'Allah kmi kan sntiase buat y tbaik..
    skongan dri kalin amat kmi harapkan...

    BalasPadam
  3. oleh itu kamki minta semua agar memberi kerjasama bagi upgrade lagi laman blog nie

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails