PENGUMUMAN

PERHATIAN
kepada semua bekas pelajar SMU(A) Khairiah, mohon kerjasama untuk mengisi borang ahli EX-SOK. Bagi mengumpul data-data anda semua. Yang sudah mengisi borang sebelum ini sila upload gambar anda bersama. Untuk daftar sebagai ahli "klik button dibawah" Segala kesulitan, kami dari pihak blogger EX-SOK memohon ribuan kemaafan. Syukran

Sahabat EX-SOK

salam ziarah

Jumaat, 13 Ogos 2010

TITISAN NASUHA MEMBASAHI LANTAI SMU (A) KHAIRIAH

Pelukkan kasih sayang dan pembakar semangat agar anak-anak kesayangan berjaya dalam pelajaran di dunia dan akhirat..

Dalam keadaan serba kedhaifan anak-anak Abah di SMU(A)K tetap bersemangat untuk mencapai kejayaan.

Tahniah kepada anakanda Ustazah Zariani Zahari dan Ustaz Ahmad Zaki Mat Nor ,anakanda Ustaz Mohd Nazry Muhammad Nor dan warga guru2 di SMU(A)K kerana menolong Abah bagi melahirkan para murabbi dan pendokong Umat Islam di masa hadapan.

Semoga Allah menolong kita yang menolong menegakkan Islam.

Alahu Akhbar...!!!!!!!Alahu Akhbar...!!!!!!!Alahu Akhbar...!!!!!!!
PELUKKAN SEORANG IBU YANG PENYAYANG
BELAJAR RAJIN-RAJIN YA NAK...IKUT APA KATA ABAH TU YA.....
AMPUNKAN SAYA IBU..SAYA BERJANJI TIDAK AKAN MENGHAMPAKAN HARAPAN IBU...
JANGAN HAMPAKAN HARAPAN AYAH YA...
MA SAYANGKAN ANAK-ANAK MA..WALAUPUN TERPAKSA MENYARA ANAK-ANAK MAK SENDIRIAN....
Abah mengingatkan para Ibu/Bapa dan Pelajar-pelajar SMU(A) Khairiah agar beramal kerana Allah dan sentiasa takut kepada azab Allah. Pohonlah dari Allah agar kita berada dalam IMAN, AMAL SOLEH DAN PERJUANGAN ISLAM hingga ke akhir hayat kita..

Date :

By : Zahidin Mahmood's note

SEKOLAH MENENGAH UGAMA (A) KHAIRIAH JANJI PECAH RECORD

Seramai 150 orang ibubapa dan murid2 tahun 3 dan 5 berjanji untuk memberi keputusan terbaik untuk peperiksaan sesi 2010 tahun ini.

Menurut Al-Fadhil Ustaz Mohamad Pediah Che Haron, Penolong Kanan HEM sekolah tersebut, tujuan pihak sekolah menjemput Pakar Motivasi Khas, ia itu Al- Fadhil Ustaz Zahidin Mahmood pada hari ini 24hb Julai 2010 semata-semata untuk membangkitkan semangat dan menguatkan jatidiri para pelajar dan juga ibubapa untuk lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan anak-anak mereka.

Al-Fadhil Cikgu Ismail Hanapi, Penolong Kanan Pentadbiran SMU(A) Khairiah, pihak sekolah berpuas hati dengan kesan ceramah yang disampaikan dan berjanji akan cuba melaksanakan apa yang disarankan oleh Ustaz Zahidin agar melaksanakan SOLAT HAJAT selamat 40 hari berturut2 sebelum pelajar2 tersebut mengambil peperiksaan.

Ust Zahidin juga menyarankan agar para pelajar dan ibubapa mengamalkan zikir2 dan doa serta banyak bertaubat dari segala dosa.

Al-Fadhil Ustaz Mohamad Pediah Che Haron, Penolong Kanan HEM Sekolah Menengah Ugama (A) Khairiah, Padang Pak Amat Pasir Putih, sedang memberi ucapan alu-aluan.
Al-Fadhil Cikgu Ismail Hanapi, Penolong Kanan Pentadbiran SMU(A) Khairiah turut hadir menyanyikan LAGU2 PATRIOTIK sebelum Abah memberi CERAMAH MOTIVASI.
Sebahagian daripada Ibu/Bapa dan murid2 SMU(A)K menyanyikan lagu NEGARAKU dengan bersemangat sekali.


by: Ust Zahidin Mahmood's note

Kenali EX-SOK

VISI :

Pengekalan ukhuwwah sesama ahli serta perkongsian pengalaman dan nilai intelektual.

MISI :

@ Menubuhkan dana untuk kebajikan ahli

@ Aktiviti berbentuk pemantapan ukhuwwah

@ Sumbangan pengalaman / intelek kepada warga SMU(A)K

@ Program-program pemantapan diri ahli

OBJEKTIF :

@ Menjaga kebajikan ahli

@ Pemantapan ukhuwwah yang berterusan

@ Pembinaan jati diri ahli

SASARAN :

*Bekas pelajar SMU(A)K

@ Lepasan tingkatan 6 tahun-tahun seterusnya secara automatiknya menjadi ahli EX-SOK

TEMA :

“ UKHUWWAH TERJAGA , HIDUP BERJASA”

CADANGAN PROGRAM :

@ Liqa’ tahunan

@ Program mentor

@ Motivasi

@ Qiamullail

@ Kem bina diri

@ Rehlah

Related Posts with Thumbnails