PENGUMUMAN

PERHATIAN
kepada semua bekas pelajar SMU(A) Khairiah, mohon kerjasama untuk mengisi borang ahli EX-SOK. Bagi mengumpul data-data anda semua. Yang sudah mengisi borang sebelum ini sila upload gambar anda bersama. Untuk daftar sebagai ahli "klik button dibawah" Segala kesulitan, kami dari pihak blogger EX-SOK memohon ribuan kemaafan. Syukran

Sahabat EX-SOK

salam ziarah

Jumaat, 13 Ogos 2010

SEKOLAH MENENGAH UGAMA (A) KHAIRIAH JANJI PECAH RECORD

Seramai 150 orang ibubapa dan murid2 tahun 3 dan 5 berjanji untuk memberi keputusan terbaik untuk peperiksaan sesi 2010 tahun ini.

Menurut Al-Fadhil Ustaz Mohamad Pediah Che Haron, Penolong Kanan HEM sekolah tersebut, tujuan pihak sekolah menjemput Pakar Motivasi Khas, ia itu Al- Fadhil Ustaz Zahidin Mahmood pada hari ini 24hb Julai 2010 semata-semata untuk membangkitkan semangat dan menguatkan jatidiri para pelajar dan juga ibubapa untuk lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan anak-anak mereka.

Al-Fadhil Cikgu Ismail Hanapi, Penolong Kanan Pentadbiran SMU(A) Khairiah, pihak sekolah berpuas hati dengan kesan ceramah yang disampaikan dan berjanji akan cuba melaksanakan apa yang disarankan oleh Ustaz Zahidin agar melaksanakan SOLAT HAJAT selamat 40 hari berturut2 sebelum pelajar2 tersebut mengambil peperiksaan.

Ust Zahidin juga menyarankan agar para pelajar dan ibubapa mengamalkan zikir2 dan doa serta banyak bertaubat dari segala dosa.

Al-Fadhil Ustaz Mohamad Pediah Che Haron, Penolong Kanan HEM Sekolah Menengah Ugama (A) Khairiah, Padang Pak Amat Pasir Putih, sedang memberi ucapan alu-aluan.
Al-Fadhil Cikgu Ismail Hanapi, Penolong Kanan Pentadbiran SMU(A) Khairiah turut hadir menyanyikan LAGU2 PATRIOTIK sebelum Abah memberi CERAMAH MOTIVASI.
Sebahagian daripada Ibu/Bapa dan murid2 SMU(A)K menyanyikan lagu NEGARAKU dengan bersemangat sekali.


by: Ust Zahidin Mahmood's note

Kenali EX-SOK

VISI :

Pengekalan ukhuwwah sesama ahli serta perkongsian pengalaman dan nilai intelektual.

MISI :

@ Menubuhkan dana untuk kebajikan ahli

@ Aktiviti berbentuk pemantapan ukhuwwah

@ Sumbangan pengalaman / intelek kepada warga SMU(A)K

@ Program-program pemantapan diri ahli

OBJEKTIF :

@ Menjaga kebajikan ahli

@ Pemantapan ukhuwwah yang berterusan

@ Pembinaan jati diri ahli

SASARAN :

*Bekas pelajar SMU(A)K

@ Lepasan tingkatan 6 tahun-tahun seterusnya secara automatiknya menjadi ahli EX-SOK

TEMA :

“ UKHUWWAH TERJAGA , HIDUP BERJASA”

CADANGAN PROGRAM :

@ Liqa’ tahunan

@ Program mentor

@ Motivasi

@ Qiamullail

@ Kem bina diri

@ Rehlah

Rabu, 28 Julai 2010

Bicara Ilmu

Aturan syukur kepada Allah Jalla wa Azza atas segala nikmat kurniaan-Nya,Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad S.A.W,Penghulu sekalian Nabi dan Rasul,pembawa risalah suci.

1) Kedudukan Ilmu dalam islam amatlah tinggi,wahyu pertama sebagai bukti.Dalam al-Quran Allah SWT bersumpah dengan lafaz “demi pena”. Allah mengangkat darjat orang berilmu dalam kalangan manusia.Malahan dalam hadith-hadith Baginda Muhammad SAW memang banyak tentang galakan-galakan menuntut ilmu.Oleh itu cuba saya bicarakan disini tentang ilmu,tetapi dalam aspek yang agak berlainan malah lebih dekat dengan kita sebagai khalifah muda diatas bumi ini.

2) Sebagai khalifah yang masih muda,manfaatkan kehidupan muda anda untuk mengendong sebanyak mungkin ilmu.Kenapa begitu? Mungkin boleh kita ambil pedoman dari kata-kata bijak pandai terdahulu yang menyatakan bahawa :

العلم فى الصغر كالنقش فى الحجر

والعلم فى الكبر كالرسم فى البحر

Maksudnya : Ilmu itu jika dipelajari ketika kecil seumpama melukis di batu,tetapi ilmu semasa tua seumpama menulis dipantai.

Ringkasnya, masa muda adalah masa yang mana minda masih cerdas mengingat sesuatu ilmu,sebaliknya bila sudah tua,memang susah mengingat malah mudah pula lupa.

3) Dalam berurusan dengan ilmu, perlu diingat, perlu ada dalam diri kita niat yang jelas, iaitu kerana Allah Jalla wa Azza.Rata-rata manusia pada tika ini tidak sedar bahawa mereka mendahulukan asbab lain dalam mengejar ilmu.Ini adalah satu kesalahan yang besar malah tersasar jauh dari landasan yang sepatutnya :

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا لِغَيْرِ اللَّهِ أَوْ أَرَادَ بِهِ غَيْرَ اللَّهِ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Maksudnya : Dari ibnu Umar dari Nabi SAW Sabda Baginda : barang siapa mempelajari ilmu kerana selain dari Allah, atau berkehendakkan selain Allah, maka disediakan tempat baginya dineraka.(Riwayat at-Tirmizi)

4) Perhatikan hadith yang diriwayat dalam Musannaf ibnu Abi Syaibah :

ابن نمير قال حدثنا هشام عن الحسن قال ، قال رسول الله (ص) : (العلم

علمان : علم في القلب فذاك العلم النافع ، وعلم على اللسان فتلك حجة الله على عباده).

Maksudnya : Sabda Rasulullah SAW : Ilmu itu 2 jenis , Ilmu di hati itulah ilmu yang bermanfaat, dan Ilmu di atas lidah,itulah yang akan menjadi hujjah Allah terhadap manusia.

Kefahaman yang dapat dijadikan pedoman adalah, carilah jenis ilmu yang pertama,ilmu yang melekat dihati dan diamalkan,bukannya jenis ilmu yang kedua iaitu bersifat lipstik sahaja, boleh berhujjah tetapi tidak diamalkan. Itulah hakikat golongan muda pada hari ini, suka berhujjah walau ilmu tidak seberapa.Ingatlah, nilai sebenar ilmu adalah terletak pada amal.

Akhir kalam,berbaktilah kepada ilmu kerana selama mana kita berada diperjalanan mencari ilmu, selagi itulah Allah akan mempermudah jalan ke syurga.Ingat, ilmu sifatnya cerewet, perlu dicari bukan ianya mencari kita,mudah hilang jika tidak diikat, malah perlu kita bersabar atas setiap halangan dijalannya.

Related Posts with Thumbnails